JULAI 2022

Kaedah Penyenggaraan LPB Sedang Diteliti


KUALA LUMPUR: Kerajaan kini sedang meneliti kaedah dan model penyenggaraan bersama Agensi Pusat dengan mengambil kira skop, kos dan Level Of Service (LOS) penyenggaraan yang bersesuaian bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, proses penelitian tersebut dijangka dimuktamadkan sebelum tempoh Defect Liability Period (DLP) tamat pada tahun 2025.

Tempoh DLP, penyelenggaraan Projek LPB Sarawak akan dilaksanakan oleh kontraktor masing-masing di bawah seliaan JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek, katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab pada persidangan Parlimen di sini.

Menurut Fadilah, sehingga Mei 2022, status kemajuan Fasa 1 LPB bermula dari Telok Melano ke Miri sepanjang 786 kilometer (km) adalah 84 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023.

Beliau berkata, seperti projek-projek kerajaan lain, prestasi kemajuan kerja pembinaan Projek LPB Sarawak turut terkesan akibat kekurangan pekerja, bahan binaan susulan daripada wabak Covid-19 dan impak ekonomi global pada masa kini.

Sehubungan itu, pelbagai pelan matigasi sedang dilaksanakan antara lainnya penyelarasan semula jadual pembinaan dan Lanjutan 2 Masa (Extension Of Time - EOT) bagi memastikan kelancaran serta kelangsungan projek ini, tegas beliau.

Sumber dari : Jiwa Bakti